Selasa, 27 Ogos 2013
Aktiviti bulan ogos
Tema pada bulan ini ialah Kemerdekaan.bersempena dengan bulan ogos adalah bulan kemerdekaan negara,jadi perpustakaan telah mengadakan program secara kecil-kecilan bersama peminat-peminat cilik yang hadir.kami telah pun mengadakan tayangan video Bukit Kepong dan juga kuiz kemerdekaan.
Selasa, 20 Ogos 2013
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Selamat hari raya semua....semoga lebaran ini akan dapat mengeratkan lagi ikatan persaudaraan sesama kita.
Minal aidil walfaizin....
Khamis, 4 Julai 2013
Taklimat Kesedaran Keselamatan & Kesihatan Ditempat Kerja
5 Julai 2013
Taklimat telah disampaikan oleh ketua perpustakaan sendiri.banyak pengetahuan yang kami dapat,betapa pentingnya keselamatan dan kesihatan ditempat kerja.
Selasa, 2 Julai 2013
Bilik Serbaguna PAD Raub
Hari bekerja biasa
RM30 bagi 1 jam pertama
RM10 bagi jam berikutnya
Hari rehat biasa
RM40 bagi 1 jam pertama
RM15 bagi jam berikutnya
Hari kelepasan am
RM50 bagi 1 jam pertama
RM20 bagi jam berikutnya
Kemudahan yang disediakan
-bilik yang berbawa dingin
-white board/marker pen/pemadam
-kerusi untuk 40 orang tetamu
-meja bagi OHP/slide
-plug bagi kegunaan OHP dll
Isnin, 1 Julai 2013
Aktiviti bulan Jun 2013
Bulan ini tema aktiviti /program Perpustakaan Awam Daerah Raub ialah Alam Sekitar.jadi bersesuaian dengan tajuk tema kami pada bulan ini,kami telah menjalankan 2 aktiviti iaitu Program Kitar Semula dan juga Program Tanaman Semula Tumbuhan Herba.
Aktiviti mei 2013
21 mei 2013
Ketua Perpustakaan Awam Daerah Raub dijemput oleh guru dari SK Tersang untuk melancarkan Program Nilam disekolah tersebut.Aktiviti lain yang kami jalankan di sekolah tersebut adalah seperti Ceramah Kepentingan Membaca yang disampaikan oleh Puan Norizan,kuiz pengetahuan am dan juga pameran bas bergerak B13.
Aktiviti bulan april 2013
25 April 2013
Tema aktiviti/program pada bulan april ialah Hari Buku Dan Hak Cipta Sedunia
Pada hari ini kami menerima lawatan daripada pelajar-pelajar prasekolah dari SK Ulu Atok dan juga prasekolah dari SK Kuala Atok.beberapa aktiviti juga telah dijalankan pada hari tersebut iaitu puppet show,kuiz pengetahuan am kanak-kanak prasekolah dan juga lawatan ke Galeri Raub.
Berikut adalah gambar sekitar aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut
Ahad, 3 Mac 2013
Waktu Perkhidmatan
Salam 1 Malaysia....
Jadual waktu perkhidmatan Perpustakaan Awam Daerah Raub.
Isnin hingga Khamis - 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Jumaat - 8.30 pagi - 12.15 tengahari
- 2.45 petang - 5.00 petang
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum - Tutup

Perpustakaan Awam Daerah Raub
Jalan Dato' Abdullah
27600 Raub
Pahang Darul Makmur
Tel : 09-355 5022 Fax : 09-351 1042
Aktiviti bulan Mac 2013
Salam 1 Malaysia.....
Sudah masuk bulan Mac 2013.Tema aktiviti untuk bulan Mac ialah,KERJAYA / WANITA.Pada hari Jumaat 1.3.2013 yang lalu,kami telah pun mengadakan satu aktiviti bersama-sama dengan pengunjung wanita yang datang ke perpustakaan iaitu pertandingan menggubah bunga plastik.Pertandingan tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua yang hadir,ada melayu, cina dan india.Ini barulah dikatakan 1 Malaysia.

antara peserta yang menyertai pertandingan ini
dan pemenangnya....
tempat pertama
tempat kedua
tempat ketiga
saguhati
Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat.Pihak kami amat berpuas hati dengan aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut.Jumpa lagi pada hari Jumaat minggu hadapan.
Selasa, 26 Februari 2013
Happy Birthday
Selamat petang...
Bulan Februari ni sape punya birthday?beliau lahir pada 9.2.1962.beliau ialah....
Puan Jamaliah
semoga panjang umur,dan dimurahkan rezeki.
Gotong Royong
Salam 1 Malaysia....
Apa yang penting?kerjasama....itu lah yang kami terapkan di dalam kerja berpasukan.Bagi memastikan keindahan disekitar perpustakaan,kami bekerjasama bergotong royong membersihkan kawasan persekitaran perpustakaan kami.Berat sama dipikul,ringan sama dijinjing.

kan kerjasama tu penting
Peminat setia
Salam semua...
Hahahahaha....nak memperkenalkan peminat setia aktiviti setiap hari Jumaat.Dia ni x pernah miss pun dtg ke perpustakaan pada setiap hari Jumaat,sebab dia tahu pasti ada aktiviti yang akan dijalankan oleh orang perpustakaan.bila join aktiviti,mesti akan dapat hadiah.bagus la dia ni,boleh buat anak angkat perpustakaan ni.hahahahahaha......
Ini lah budak nye.TaaaAAARaaaaa.....!

Pertandingan Bercerita, Azan dan Iqamah
Salam 1 Malaysia...
Pada 15hb.Feb 2013 yang lalu,pihak kami telah menjalankan satu pertandingan bercerita,azan dan juga iqamah dikalangan adik-adik yang datang berkunjung di perpustakaan.rupa-rupanya ramai adik-adik yang berbakat dalam bercerita, azan dan juga iqamah ni.merdu suara mereka.sedap telinga mendengar.
ini adalah sebahagian gambar semasa pertandingan dijalankan.
terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang memberikan kerjasama

Isnin, 25 Februari 2013
Februari
Salam 1 Malaysia....
Aktiviti untuk bulan Januari sudah pun selamat dijalankan.sekarang kami kena kerah tenaga dan idea untuk menjalankan program bulan Februari pulak.Tema kami pada bulan ini ialah Agama.
1. Kuiz keagamaan

2. Bacaan tulisan jawi
adik-adik ni memang pandai membaca jawi dan juga menjawab soalan kuiz yang ditanya kepada mereka.terima kasih adik-adik kerana memberi kerjasama yang baik kepada pihak kami.
Pameran sains
Pameran Sains dan teknologi yang kami adakan di PAD Raub juga mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung yang datang.
inilah buktinya....
inilah buktinya....
terima kasih adik-adik,bulan Februari kita jumpa lagi ye.dengan tema "Agama" pulak.....
Gambar Program
Salam 1 Malaysia...
Seperti yang dijanjikan,kami akan menyiarkan gambar sekitar program yang telah kami jalankan sepanjang bulan Januari yang lalu....
1. Eksperimen oh eksperimen.....
percambahan biji benih
belon mengembang
tanah liat buatan sendiri
dan inilah pengunjung-pengunjung cilik yang telah memeriahkan program yang kami jalankan,terima kasih adik-adik....
Seperti yang dijanjikan,kami akan menyiarkan gambar sekitar program yang telah kami jalankan sepanjang bulan Januari yang lalu....
1. Eksperimen oh eksperimen.....
telur terapung
percambahan biji benih
belon mengembang
tanah liat buatan sendiri
dan inilah pengunjung-pengunjung cilik yang telah memeriahkan program yang kami jalankan,terima kasih adik-adik....
Langgan:
Catatan (Atom)