Salam 1 Malaysia.... Apa yang penting?kerjasama....itu lah yang kami terapkan di dalam kerja berpasukan.Bagi memastikan keindahan disekitar perpustakaan,kami bekerjasama bergotong royong membersihkan kawasan persekitaran perpustakaan kami.Berat sama dipikul,ringan sama dijinjing.
Salam semua... Hahahahaha....nak memperkenalkan peminat setia aktiviti setiap hari Jumaat.Dia ni x pernah miss pun dtg ke perpustakaan pada setiap hari Jumaat,sebab dia tahu pasti ada aktiviti yang akan dijalankan oleh orang perpustakaan.bila join aktiviti,mesti akan dapat hadiah.bagus la dia ni,boleh buat anak angkat perpustakaan ni.hahahahahaha...... Ini lah budak nye.TaaaAAARaaaaa.....!
Salam 1 Malaysia... Pada 15hb.Feb 2013 yang lalu,pihak kami telah menjalankan satu pertandingan bercerita,azan dan juga iqamah dikalangan adik-adik yang datang berkunjung di perpustakaan.rupa-rupanya ramai adik-adik yang berbakat dalam bercerita, azan dan juga iqamah ni.merdu suara mereka.sedap telinga mendengar. ini adalah sebahagian gambar semasa pertandingan dijalankan.
terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang memberikan kerjasama
Salam 1 Malaysia.... Aktiviti untuk bulan Januari sudah pun selamat dijalankan.sekarang kami kena kerah tenaga dan idea untuk menjalankan program bulan Februari pulak.Tema kami pada bulan ini ialah Agama. 1. Kuiz keagamaan
2. Bacaan tulisan jawi
adik-adik ni memang pandai membaca jawi dan juga menjawab soalan kuiz yang ditanya kepada mereka.terima kasih adik-adik kerana memberi kerjasama yang baik kepada pihak kami.
Salam 1 Malaysia... Seperti yang dijanjikan,kami akan menyiarkan gambar sekitar program yang telah kami jalankan sepanjang bulan Januari yang lalu.... 1. Eksperimen oh eksperimen.....
telur terapung
percambahan biji benih
belon mengembang
tanah liat buatan sendiri
dan inilah pengunjung-pengunjung cilik yang telah memeriahkan program yang kami jalankan,terima kasih adik-adik....
Salam 1 Malaysia.... Aduh...macam mana lah boleh terlupa dengan blog sendiri,dah bersawang dah blog ni.takde buat update baru.tadi dah nyaris2 xleh nk bukak dah,tapi alhamdulillah la simpan lagi alamat email dan password die.alhamdulillah.... Emmm....kita dah masuk tahun 2013 dah.kena kerja kuat lagi ni untuk tahun 2013.sasaran ahli kami dah dapat tercapai untuk tahun 2012,sekarang kene tambah lagi ahli untuk capai sasaran tahun 2013 pulak.insyaallah kami boleh.chaiyyook2...! Untuk aktiviti pulak,bagi tahun 2013 ni pihak pengurusan PPAP telah pun menetapkan tema aktiviti / program untuk setiap bulan.bagi bulan Januari lalu,kami telah pun berjaya melaksanakan program bersama pengunjung cilik yang datang ke perpustakaan kami dengan tema " Sains dan Teknologi ".pada setiap hari Jumaat kami akan mengadakan aktiviti dengan mereka mengikut tema yang ditetapkan.tq adik2 yang sudi memeriahkan suasana. Nanti untuk entri akan datang,saya masuk kan gbr2 mereka yang terlibat ye. ok,bye...